Kebosanan di waktu malam…nak tido pun xleh..dh slalu stay up
tgk bola skank nk tido awal pn dh x leh dh…daripada dok baring x buat ape aku
pn tgk2 lh gambar2 lama aku...bajet nak mengimbau kenangan lalu..haha…skali
terjumpa satu gambar lama aku…gambar enam tahun dahulu time pg camping kat
Pulau Tuba,Langkawi…
gambar time first sampai kat Pulau Tuba....
teringat balik cite2 lama,kawan-kawan yang kenal time kat
sana…alalng-alang dah ingat balik so aku nak cerita ckit lah pengalaman aku
sewaktu mengikuti perkhemahan tersebut….perkhemahan yang aku pergi ni dinamakan
Wilderness Adventure…satu perkhemahan peringkat kebangsaan yang melibatkan
semua negeri dalam Malaysia….nama kem pun dh power…haha….perkhemahan ini adalah
untuk golongan pelajar sekolah sahaja dan beberapa orang guru pengiring
dibenarkan ikut serta…ketika itu aku berada di tingkatan empat…agak ramai
jugaklah kawan2 aku yang sama pergi masa tu…dalam 11 orang kot…kami bertolak
dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur…lepas tu naik feri lak
ke Pulau Tuba…masa dalam feri,setiap seorang daripada kami telah diberi kata
kunci yang menentukan kumpulan kami apabila kami berada di sana nanti…sampai
saja di Pulau Tuba kami pun berhimpun di dalam kumpulan yang diberikan…x de
sorang pun kawan2 aku yang sama kumpulan dengan aku…nasib baik lah cikgu
pengiring aku sekali group ngan aku..ade jgklah org yang kenal…setiap kumpulan
diberikan dua orang coordinator yang akan membantu kami sepanjang aktiviti
perkhemahan ini berlangsung….selesai pembahagian kumpulan,kami bergerak ke
tapak perkhemahan masing2…Banyak tapak perkhemahan yang ada..ade kumpulan yang
berkhemah di pulau kecil berdekatan…
Kumpulan aku berkhemah di kawasan tepi pantai…sngat best…tp
yang x best nya pantai 2 berada di bawah bukit..so kami kena bawa semua barang
turun bukit ke tempat perkhemahan…aku ingat lagi time aku kena bawa turun tong
gas…pergghhh dh le berat,kena turun bukit lak 2…segala persiapan sepanjang
perkhemahan selama seminggu ni kami perlu lakukan sendiri..coordinator hanya
menunjuk cara dan ahli kumpulan akan sama2 membuat persiapan…dari pembinaan
khemah,toilet sehinggalah memasak..semua perlu dilakukan sendiri….aku ingat
lagi satu kotak yang dinamakan GOLDEN BOX dan kat atas dia ada tempat duduk
yang dipanggil GOLDEN SEAT…itulah dua barang yang akan kami gunakan untuk
membuang air sepanjang perkhemahan...dan
sebab itu jugaklah aku sedaya upaya untuk menahan diri daripada pergi ke tandas…hahahaha…x
lalu nak buang air kat dalam kotak 2….:P
Banyak aktiviti menarik yang kami lakukan sepanjang
perkhemahan seperti belajar berenang,kayak,jungle tracking,dan meniti kabel
besi atas kapal….masa aktiviti kayak,kami dipecahkan kepada dua orang setiap satu
kayak iaitu yang pandai berenang dan yang tidak pandai…yang pandai berenang
akan berada di posisi tempat duduk yang belakang…aku berada di posisi belakang
ketika itu…aku ingat lagi yang berada sekali dalam kayak aku masa tu adalah
awek rambut menggerbang…hahaha..ada satu accident lucu yang berlaku kat awek 2…masa
tu kami kena uat demonstrasi terbalikkan kayak dan naik semula kat atas kayak…bila
seme dah ready…1,2,3, PUSING!!!!!!!...dah jatuh dalam air aku pun cepat2 timbul kat permukaan..skali
aku tgk awek 2 dh x de….aik x kan x timbu-timbull lagi kot…skali time ak nk
angkat kayak tu tengok-tengok dia terlangkup bawah kayak…hahaha…blh pulak cam
2..patut le x de..nasib baik x lemas…:P
Last day kami kat sana,setiap kumpulan kena uat persembahan
masing-masing…hancur jugak lah persembahan kumpulan aku time 2…haha….malu lak
rasa….dah settle semua kami dibawa berjalan-jalan di Pulau Langkawi dan
menginap satu malam dekat hotel di sana…keesokannya kami bertolak balik semula
ke negeri masing-masing… nice adventure..:)
amboi amboi
ReplyDelete:)
ReplyDeleteAdventurous tu! Mer, awek tu kat mana sekarang? Opps... lyana inessa jgn marah...
ReplyDeletex tau dh dia kt ne skank...:)mmg best umi tp yg x best 5 ari x leh mandi...hahaha
Delete