aku pernah juga beberapa kali dapat tangkap burung masa musim menuai...perasaan sangat gembira ketika itu...menayang burung yang ditangkap kat kawan-kawan lain...hahaha....sangat seronok...dikala hujung minggu ayah sering membawa aku pergi mengeringkan air di kawasan sawah...tujuannya sama juga..untuk menangkap ikan...hahaha...boleh dikatakan aku dengan ikan sawah memang x boleh dipisahkan ketika itu...kami akan membawa sebuah mesin pengepam air bersama...setelah memilih kawasan sawah yang sesuai dan mempunyai banyak ikan...barulah kami memulakan operasi menyedut air keluar....selalunya aku dan kawan aku Hafiz ditugaskan untuk menjaga lopak tempat penghadang air kerana takut ikan melompat keluar....perasaan teruja tatkala melihat ikan menjengah di permukaan air...terasa nak terjun tangkap terus je...tapi apakan daya kena tunggu air kering dulu kerana susah menangkap ikan di air yang dalam...lagipun ikan-ikan ini akan lari bersembunyi kalau dikacau ketika air masih banyak...pernah sekali aku melihat ikan haruan yang berpura-pura mati...serius nampak seperti sudah mati...ini kerana hanya kepala sahaja yang kelihatan...jika tidak diperhatikan dengan teliti kita akan menyangka itu adalah tengkorak ikan haruan padahal keseluruhan badannya terbenam dalam selut@lumpur sawah...SUBHANALLAH...sungguh hebat ciptaan Allah s.w.t...walaupun tidak mempunyai akal...ikan ini tahu bagaimana hendak menyelamatkan dirinya....
kenangan di kampung amat bermakna bagi diriku...banyak mengajar erti susah payah kehidupan...menjadi manusia yang lebih matang....
kampungku...:)
hey...awak tu tgh tangkap ikan ke?
ReplyDeleteaah...:P
ReplyDeletebestnye..umi pun rasa nak ikut balik tengok kampung amir..
Deleteboleh2...hihi:)
Delete