Monday 29 October 2012

on da way....

on da way balik dari kampung ke Putrajaya....sempat singgah kat Cameron Highland...:)



















































































opsssss............:p



Wednesday 17 October 2012

bo lawe staro demo....

oleh krano final bola pialo malaysia nok dekak doh...kito laye lagu ni dulu......hahaha



Bo lawe staro demo 
Gomo klate gomo
 Bo main staro demo
Gomo klate gomo
Bo meney staro demo 
Gomo klate gomo

Semangat anak klate
Kena beringat lah gu lawe

Semangat tok janggut dalam darah klate
Berani sikit tak takut Kalu jupo gu lawe
Bako molek titih pon comel
Tidok debek gagoh handale

Semangat anok klate
Kena beringat lah gu lawe

Bo lawe staro demo 
Gomo klate gomo
 Bo main staro demo
Gomo klate gomo
Bo meney staro demo 
Gomo klate gomo


Semangat anok kelate
Kena beringat lah gu lawe

Pantang serah kaloh Sampai putih tulang
Atur tapok susun langkoh Kalu jupo gu lawe
Isih angin hulubalang
Sidi sakti tak hebat kokre

Azimat anak klate
Mintak berkat dari tuhan

Bo lawe staro demo 
Gomo klate gomo
 Bo main staro demo
Gomo klate gomo
Bo meney staro demo 
Gomo klate gomo

Kederat anok klate
Kena beringat lah gu lawe

Bo lawe staro demo 
Gomo klate gomo
 Bo main staro demo
Gomo klate gomo
Bo meney staro demo 
Gomo klate gomo

Semangat anok klate
Mintak berkat dari tuhan



 

Monday 8 October 2012

Mistik tentang nombor.....

[ 1 ] bukanlah nombor tapi sebagai penjana bagi nombor lain...contohnya nombor 2 terhasil daripada 1+1...begitu juga dengan nombor 3 terhasil daripada 1+1+1...dan seterusnya...


Nombor genap melambangkan kewanitaan manakala nombor ganjil melambangkan kelakian...


[ 5 ] adalah simbol perkahwinan...ini kerana 5 adalah hasil gabungan antara 2 dan 3 iaitu perempuan dan lelaki...


[ 6 ] adalah nombor roh dan jiwa....


[ 7 ] adalah nombor kesefahaman dan kasih sayang...


[ 8 ] adalah nombor kesetiaan ikatan kasih sayang....










sumber: buku Matematik Merentas Tamadun








Saturday 6 October 2012

futsal...!!!!!!futsal...!!!!

Baru je abeh main futsal...penat masih terasa...peluh x henti lagi...rutin di hujung minggu...main futsal ngan kawan-kawan kat gelanggang kolej......malam ni ade empat team...6 sebelah...main 5 minit satu game...sape score dl dia menang......nice game...baik untuk kesihatan juga untuk mengeratkan silaturahim antara senior ngan junior kolej...ramai muka baru yang aku x pernah tengok kat kolej...power2 seme main futsal....semput lak nak kejar diorg..haha..




by da way this is my new futsal shoes....hahaha...sedap dipakai...selesa sebab kat dalam dia kain...sepak bola pun best....laju je bola pegi...:P

Monday 1 October 2012

trip to sungai congkak....

ahad lepas aku berpeluang pergi beriadah sambil mandi manda di sungai congkak bersama kawan2 aku....itupun secara kebetulan seorang kawan aku(Ong) nak buat research kat situ jadi aku ngan tiga orang lagi kawan aku(Kona,Bonek,Tukun) pun tumpang sekaki..haha..sebenarnya sudah lama aku ngan kawan aku yang lain planning nak pegi ke sana tapi masih tidak berkesempatan...sewaktu semester lepas pun kami dah try pegi sana...siap sewa kereta lagi...tapi sesat lak...nak pegi sungai congkak last2 sampai klcc...hahaha...


kami bertolak ke sana lepas subuh...lebih kurang dalam pukul 6.45 cm 2...Ong kata kena pegi awal sebab nati x dapat nak tengok burung...research yang dia buat 2 pasal burung...nak tengok burung ape yang ade kat sana...so kami bertolak dan lebih kurang dalam pukul 9 kami sampai kat Sungai Congkak...masa kami sampai 2 x ramai lagi orang yang datang..cuma ade dua tiga group yang ngah berkelah kat tepi sungai...kami pusing-pusing cari port yang sesuai untuk kami mandi...jalan punya jalan akhirnya kami sampai kat satu area yang agak dalam dan sesuai untuk kami berenang...Ong x join kami sebab dia nak masuk hutan tengok burung....dia masuk hutan sorang diri dan hanya bertemankan "tongkat sakti" dia....katanya bawak balik dari Sarawak...:) aku Kona,Bonek ngan Tukun pun siap2 untuk turun mandi kat sungai...Tukun turun dulu sebab dia yang paling awal siap...aku paling last skali turun kat sungai sebab air sejuk sangat...dah macam ais rasanya...menggigil badan aku lepas menyelam kat situ...masa kami mandi,kami sempat gak cuba menangkap ikan kat dalam sungai 2...cuba punya cuba x de sekor pun yang dapat tangkap...pakai umpan roti pun x leh gak...laju tul ikan 2 lari...haha...sejam kami mandi kat situ...lepas tu kami lepak2 kat atas batu besar yang ade kat tepi sungai...berehat sambil menikmati keindahan alam...cantik tul kawasan sungai congkak...air pun bersih...kami gerak balik dalam kul 12 tengahari lepas Ong keluar daripada hutan..katanya dia sempat tengok 17 ekor burung....:)


                                        
                                            sejukkkkkkkk....hahaha....




                                                   nice view.....



                                                   laju air mengalir....:)

Wednesday 4 July 2012

aku sewaktu dulu....

anak kampung ku anak kampung...:) aku adalah anak jati Kelantan...lahir di sebuah kampung yang indah dan permai...dilitupi pepohon hutan dan pemandangan sawah padi yang menghijau mendamai fikiran....KBCD adalah kampungku....sebuah kampung yang tidak besar dari segi geografinya tp diwarnai dengan penduduk yang baik-baik dari segi pekertinya.......disinilah bermulanya kehidupanku sebagai seorang insan....diwaktu kecilku..aku suka mengikut ayahku ke sawah...menangkap ikan adalah rutin harianku ketika itu...sangat seronok bila mengenangkan kembali....selut sawah sudah sebati dengan diriku....tiap-tiap kali musim menuai padi...seakan-akan pesta bagi kami golongan muda ketika itu....kami ramai-ramai akan keluar ke sawah....sambil membawa "SENJATA" masing-masing...aku selalunya akan membawa serkup(jerkak) dan satu bekas ikan yang diperbuat daripada jaring...ada juga di kalangan kawan ku yang datang dengan membawa buluh dan kayu...tujuannya cuma satu...menangkap ikan beramai-ramai...haha...kami akan mengikut dibelakang mesin padi...ada juga yang menunggu di penjuru sawah...x kurang juga yang berada di atas mesin padi dan terjun jika terlihat kelibat ikan....disamping menangkap ikan..kami juga menangkap burung padang seperti burung ruak dan burung "aye me"(x tau bahasa standart orang panggil ape...):P
 
aku pernah juga beberapa kali dapat tangkap burung masa musim menuai...perasaan sangat gembira ketika itu...menayang burung yang ditangkap kat kawan-kawan lain...hahaha....sangat seronok...dikala hujung minggu ayah sering membawa aku pergi mengeringkan air di kawasan sawah...tujuannya sama juga..untuk menangkap ikan...hahaha...boleh dikatakan aku dengan ikan sawah memang x boleh dipisahkan ketika itu...kami akan membawa sebuah mesin pengepam air bersama...setelah memilih kawasan sawah yang sesuai dan mempunyai banyak ikan...barulah kami memulakan operasi menyedut air keluar....selalunya aku dan kawan aku Hafiz ditugaskan untuk menjaga lopak tempat penghadang air kerana takut ikan melompat keluar....perasaan teruja tatkala melihat ikan menjengah di permukaan air...terasa nak terjun tangkap terus je...tapi apakan daya kena tunggu air kering dulu kerana susah menangkap ikan di air yang dalam...lagipun ikan-ikan ini akan lari bersembunyi kalau dikacau ketika air masih banyak...pernah sekali aku melihat ikan haruan yang berpura-pura mati...serius nampak seperti sudah mati...ini kerana hanya kepala sahaja yang kelihatan...jika tidak diperhatikan dengan teliti kita akan menyangka itu adalah tengkorak ikan haruan padahal keseluruhan badannya terbenam dalam selut@lumpur sawah...SUBHANALLAH...sungguh hebat ciptaan Allah s.w.t...walaupun tidak mempunyai akal...ikan ini tahu bagaimana hendak menyelamatkan dirinya....

kenangan di kampung amat bermakna bagi diriku...banyak mengajar erti susah payah kehidupan...menjadi manusia yang lebih matang....



 kampungku...:)









 



Pengalaman lalu....


Kebosanan di waktu malam…nak tido pun xleh..dh slalu stay up tgk bola skank nk tido awal pn dh x leh dh…daripada dok baring x buat ape aku pn tgk2 lh gambar2 lama aku...bajet nak mengimbau kenangan lalu..haha…skali terjumpa satu gambar lama aku…gambar enam tahun dahulu time pg camping kat Pulau Tuba,Langkawi…

 




 gambar time first sampai kat Pulau Tuba....



 teringat balik cite2 lama,kawan-kawan yang kenal time kat sana…alalng-alang dah ingat balik so aku nak cerita ckit lah pengalaman aku sewaktu mengikuti perkhemahan tersebut….perkhemahan yang aku pergi ni dinamakan Wilderness Adventure…satu perkhemahan peringkat kebangsaan yang melibatkan semua negeri dalam Malaysia….nama kem pun dh power…haha….perkhemahan ini adalah untuk golongan pelajar sekolah sahaja dan beberapa orang guru pengiring dibenarkan ikut serta…ketika itu aku berada di tingkatan empat…agak ramai jugaklah kawan2 aku yang sama pergi masa tu…dalam 11 orang kot…kami bertolak dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur…lepas tu naik feri lak ke Pulau Tuba…masa dalam feri,setiap seorang daripada kami telah diberi kata kunci yang menentukan kumpulan kami apabila kami berada di sana nanti…sampai saja di Pulau Tuba kami pun berhimpun di dalam kumpulan yang diberikan…x de sorang pun kawan2 aku yang sama kumpulan dengan aku…nasib baik lah cikgu pengiring aku sekali group ngan aku..ade jgklah org yang kenal…setiap kumpulan diberikan dua orang coordinator yang akan membantu kami sepanjang aktiviti perkhemahan ini berlangsung….selesai pembahagian kumpulan,kami bergerak ke tapak perkhemahan masing2…Banyak tapak perkhemahan yang ada..ade kumpulan yang berkhemah di pulau kecil berdekatan…


Kumpulan aku berkhemah di kawasan tepi pantai…sngat best…tp yang x best nya pantai 2 berada di bawah bukit..so kami kena bawa semua barang turun bukit ke tempat perkhemahan…aku ingat lagi time aku kena bawa turun tong gas…pergghhh dh le berat,kena turun bukit lak 2…segala persiapan sepanjang perkhemahan selama seminggu ni kami perlu lakukan sendiri..coordinator hanya menunjuk cara dan ahli kumpulan akan sama2 membuat persiapan…dari pembinaan khemah,toilet sehinggalah memasak..semua perlu dilakukan sendiri….aku ingat lagi satu kotak yang dinamakan GOLDEN BOX dan kat atas dia ada tempat duduk yang dipanggil GOLDEN SEAT…itulah dua barang yang akan kami gunakan untuk membuang air sepanjang  perkhemahan...dan sebab itu jugaklah aku sedaya upaya untuk menahan diri daripada pergi ke tandas…hahahaha…x lalu nak buang air kat dalam kotak 2….:P 


Banyak aktiviti menarik yang kami lakukan sepanjang perkhemahan seperti belajar berenang,kayak,jungle tracking,dan meniti kabel besi atas kapal….masa aktiviti kayak,kami dipecahkan kepada dua orang setiap satu kayak iaitu yang pandai berenang dan yang tidak pandai…yang pandai berenang akan berada di posisi tempat duduk yang belakang…aku berada di posisi belakang ketika itu…aku ingat lagi yang berada sekali dalam kayak aku masa tu adalah awek rambut menggerbang…hahaha..ada satu accident lucu yang berlaku kat awek 2…masa tu kami kena uat demonstrasi terbalikkan kayak dan naik semula kat atas kayak…bila seme dah ready…1,2,3, PUSING!!!!!!!...dah jatuh dalam air  aku pun cepat2 timbul kat permukaan..skali aku tgk awek 2 dh x de….aik x kan x timbu-timbull lagi kot…skali time ak nk angkat kayak tu tengok-tengok dia terlangkup bawah kayak…hahaha…blh pulak cam 2..patut le x de..nasib baik x lemas…:P


Last day kami kat sana,setiap kumpulan kena uat persembahan masing-masing…hancur jugak lah persembahan kumpulan aku time 2…haha….malu lak rasa….dah settle semua kami dibawa berjalan-jalan di Pulau Langkawi dan menginap satu malam dekat hotel di sana…keesokannya kami bertolak balik semula ke negeri masing-masing… nice adventure..:)